Thursday, February 17, 2011

Bidang Tugas Guru Kokurikulum



        BIDANG TUGAS GPK KO-KURIKULUM
·         Merancang aktiviti kokurikulum sekolah-rancangan jangka panjang/pendek
·         Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
·         Menentukan peraturan kokurikulum sekolah.
·         Menentukan takwim dan jadual aktiviti.
·         Memastikan penglibatan pelajar menyeluruh.
·         Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum peringkat Daerah/Negeri/ Kebangsaan.
·         Memastikan guru mematuhi takwim dan jadual kokurikulum.
·         Menentukan tarikh Temasya Sukan Sekolah, Merentas Desa, Hari Kokurikulum dan kegiatan lain.
·         Menilai aktiviti kokurikulum dan membuat laporan tahunan.
·         Memastikan konsep sukan untuk semua dan sukan untuk elit dilaksanakan di sekolah.

Sukan dan Permainan
·         Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan peruntukan kewangan yang akan digunakan.
·         Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan pelajar yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang masing-masing.
·         Membantu merancang, melaksana dan menyelia kegiatan sukan dan permainan di semua peringkat.
·         Membantu merancang takwim sukan dan permainan sekolah.
·         Menguruskan pemilihan peserta sukan untuk elit bagi mewakili sekolah.
·         Mengawal dan menilai setiap kegiatan sukan dan permainan supaya mencapai matlamatnya.

Kelab / Persatuan
·         Menyelaras dan menyelia aktiviti-aktiviti persatuan dan kelab yang bercorak akademik.
·         Memastikan pelaksanaan program kelab/persatuan berjalan mengikut jadual

Unit Beruniform
·         Merancang strategi penglibatan unit beruniform sekolah.
·         Menyelaras pelaksanaan program unit beruniform berjalan mengikut jadual.
·         Memastikan pelaksanaan program unit beruniform berjalan mengikut jadual.

Pengurusan
·         Mengurus dan menyelaras kegiatan setiap bidang kokurikulum.
·         Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan kokurikulum.
·         Menentukan langkah keselamatan dalam setiap aktiviti kokurikulum telah diambil.
·         Membantu dan mengurus segala penerbitan majalah /artikel sekolah.
·         Menyelaras pembahagian pelajar dalam kumpulan/rumah dan meningkatkan pencapaian prestasi aktiviti setiap rumah.
·         Mengurus dan menyelia peralatan dan kemudahan kokurikulum.
·         Memastikan rekod-rekod dan data kokurikulum diselenggara dengan baik.
·         Mengenalpasti guru/pelajar yang berpotensi untuk maju mengadakan program khas untuk mereka.

SETIAUSAHA SUKAN
·         Menyelaras semua aktiviti sukan sekolah.
·         Menyediakan takwim dan jadual aktiviti sukan yang sesuai dengan aktiviti MSSD, MSSS, MSSM.
·         Membantu Pengetua mengagih tugas guru dalam olahraga dan permainan.
·         Menetapkan pelajar dalam rumah sukan
·         Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti dan peralatan.
·         Menyelaras penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan luar sekolah.
·         Mengurus dan menjaga keselamatan semua peralatan sukan sekolah.
·         Menyimpan dan mengemaskini buku stok dan inventori peralatan sukan
·         Menyediakan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan sukan.
·         Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktiviti sukan sekolah dan luar sekolah untuk edaran , rujukan dan rekod.
·         Sentiasa berbincang dengan Pengetua/Penolong Kanan/Penolong Kanan HEM/Penolong Kanan Kokurikulum untuk kepentingan sukan sekolah.
·         Merekodkan pencapaian cemerlang pelajar dan pasukan sekolah dalam Buku Rekod Pencapaian Sukan Sekolah.

Jawatankuasa Majlis Sukan Sekolah
·         Menentukan objektif sukan sekolah tercapai.
·         Merancang aktiviti sukan sekolah jangka panjang / pendek.
·         Mengenalpasti T.O.V (take of Value) dan merancangkan aktiviti sukan.
·         Merancang strategi peningkatan dan penglibatan dalam sukan.
·         Menggunakan sepenuhnya kepakaran dalam bidang sukan yang ada di sekolah.
·         Meningkatkan kemahiran guru melalui klinik sukan.
·         Menambah kepakaran untuk peningkatan sukan sekolah melalui kursus dalaman / luaran.
·         Memastikan adanya peraturan berkaitan dengan aktiviti sekolah bagi menjamin keselamatan, kelancaran dan kelicinan pelaksanaan.

GURU PERMAINAN
·         Membentuk Jawatankuasa
·         Merancang meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat pelajar dalam permainan.
·         Berusaha mendapatkan khidmat nasihat dari mereka yang pakar.
·         Memastikan undang-undang permainan dan perlawana dipatuhi.
·         Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim kokurikulum sekolah.
·         Menganjurkan perlawanan antara Rumah Sukan/Kelas/Tingkatan/Sekolah.
·         Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar sekolah.
·         Melapor dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang disertai.
·         Mengurus surat kebenaran ibubapa/penjaga untuk pertandingan luar sekolah.
·         Melapor dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang disertai.
·         Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan dan pengurusan.
·         Menyemai semangat kesukanan dikalangan pelajar.
·         Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan baik, selamat dan mencukupi untuk digunakan.
·         Merancang aktiviti tahunan dengan Guru Rumah Sukan.
·         Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkah-langkah untuk mempertingkatkannya.
·         Merekodkan nama-nama pemain dan pasukan yang cemerlang (Johan Daerah/Negeri/Wakil Daerah/Wakil Negeri dan Negara.
·         Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke semasa

PENYELARAS PERSATUAN/KELAB/UNIT BERUNIFORM
·         Mengatur dan menyelia perjalanan persatuan/kelab/unit beruniform.
·         Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat.
·         Menyelaras semua aktiviti.
·         Menyediakan borang kebenaran ibubapa/penjaga untuk pelajar memasuki persatuan/kelab/unit beruniform.
·         Menentukan aktiviti, surat-menyurat dan minit mesyuarat difailkan dengan baik.
·         Memastikan Peraturan Perlembagaan dan Minit Mesyuarat Agung direkodkan dan failkan
·         Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK diadakan setiap tahun pada tarikh yang ditetapkan.
·         Menguruskan Buku/Kad Kokurikulum:
§  Mengagihkan Kad Kokurikulum kepada guru untuk diedarkan kepada semua pelajar.
§  Mengutip kembali dari guru pada akhir tahun untuk simpanan dan rekod di Bilik Bimbingan dan Kauseling.
·         Menyediakan borang/buku yang diperlukan untuk aktiviti:
·       §  Borang memasuki persatuan
§  Borang senarai AJK dan ahli
§  Buku Laporan Kegiatan
§  Fail-Fail yang diperlukan
§  Mengumpulkan rancangan tahunan pada awal tahun untuk edaran, rujukan dan rekod
§  Mengumpulkan Laporan Tahunan dan Buku Kegiatan untuk edaran, rujukan dan rekod
§  Membuat Laporan Tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian
§  Kokurikulum sekolah.

GURU PENASIHAT PERSATUAN/KELAB
·         Membentuk jawatankuasa persatuan/kelab
·         Memastikan aktiviti persatuan selaras dengan objektif sekolah
·         Memastikan adanya peraturan/perlembagaan
·         Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti yang dicatat dalam perlembagaan
·         Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar dan menyerahkan kepada Penyelaras untuk simpanan dan rekod.
·         Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan
·         Memastikan minit mesyuarat dan laporan kegiatan disediakan dan failkan.
·         Melaporkan kepada Penolong Kanan HEM/Penolong Kanan Kokurikulum tentang perkembangan persatuan/kelab.
·         Bekerjasama dengan pihak untuk menjayakan aktiviti-aktiviti seperti Hari Kokurikulum, Hari Sukan, Hari Upacara, Hari Guru dan lain-lain.
·         Menguruskan surat-menyurat dan segala keperluan untuk kegiatan luar sekolah.
·         Menentukan papan kenyataan digunakan sepenuhnya.
·         Memastikan tidak ada unsur subvertif tersebar/disebarkan di kalangan ahli.
·         Mencadangkan nama ahli-ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada Jawatankuasa Kokurikulum.

KETUA RUMAH SUKAN
·         Memastikan adanya senarai ahli Rumah Sukan yang lengkap (guru dan pelajar)
·         Membuat pengagihan tugas kepada semua ahli rumah sukan.
·         Membentuk jawatankuasa rumah dikalangan pelajar yang meliputi olahraga dan permainan.
·         Menjalankan Mesyuarat Agung rumah sukan dan permainan.
·         Menentukan guru rumah untuk menjadi pengadil dalam pertandingan peringkat sekolah.
·         Sentiasa berbincang dengan Setiausaha Sukan/Penolong Kanan HEM/Penolong Kanan Kokurikulum sekiranya menghadapi masalah.
·         Memastikan laporan aktiviti rumah sukan disediakan untuk edaran dan rekod.
·         Merekodkan dan melaporkan pencapaian cemerlang pelajar kepada Setiausaha Sukan untuk dicalonkan sebagai wakil sekolah.

GURU RUMAH SUKAN
·         Mengurus latihan rumah sukan pada hari-hari yang ditetapkan.
·         Guru dan pelajar wajib hadir pada waktu latihan rumah sukan.  Kedatangan dicatat dalam buku kehadiran.
·         Memilih dan melatih pasukan olahraga dan permainan untuk pertandingan antara rumah sukan.
·         Menghantar nama peserta yang berpotensi untuk pemilihan wakil sekolah.
·         Merekodkan kedatangan pelajar dan mengambil tindakan terhadap pelajar yang tidak hadir.
·         Mengawasi keselamatan pelajar waktu latihan.
·         Menyemai semangat kesukanan dikalangan pelajar.
·         Sentiasa berbincang dengan Ketua Rumah Sukan untuk meningkatkan prestasi rumah sukan

1 comment:

  1. How to deposit and withdraw money at Betway Casino? - Wooricasinos.info
    How to deposit and withdraw money 999betasia at Betway Casino? · Choose Betway Casino 이스포츠 No Deposit bonus · How to make 1xbet app a deposit on Betway Casino: 텍사스 홀덤 룰 · Open a seda bet Betway

    ReplyDelete