· Merancang aktiviti kokurikulum sekolah-rancangan jangka panjang/pendek
· Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
· Menentukan peraturan kokurikulum sekolah.
· Menentukan takwim dan jadual aktiviti.
· Memastikan penglibatan pelajar menyeluruh.
· Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum peringkat Daerah/Negeri/ Kebangsaan.
· Memastikan guru mematuhi takwim dan jadual kokurikulum.
· Menentukan tarikh Temasya Sukan Sekolah, Merentas Desa, Hari Kokurikulum dan kegiatan lain.
· Menilai aktiviti kokurikulum dan membuat laporan tahunan.
· Memastikan konsep sukan untuk semua dan sukan untuk elit dilaksanakan di sekolah.
Sukan dan Permainan
· Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan peruntukan kewangan yang akan digunakan.
· Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan pelajar yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang masing-masing.
· Membantu merancang, melaksana dan menyelia kegiatan sukan dan permainan di semua peringkat.
· Membantu merancang takwim sukan dan permainan sekolah.
· Menguruskan pemilihan peserta sukan untuk elit bagi mewakili sekolah.
· Mengawal dan menilai setiap kegiatan sukan dan permainan supaya mencapai matlamatnya.
Kelab / Persatuan
· Menyelaras dan menyelia aktiviti-aktiviti persatuan dan kelab yang bercorak akademik.
· Memastikan pelaksanaan program kelab/persatuan berjalan mengikut jadual
Unit Beruniform
· Merancang strategi penglibatan unit beruniform sekolah.
· Menyelaras pelaksanaan program unit beruniform berjalan mengikut jadual.
· Memastikan pelaksanaan program unit beruniform berjalan mengikut jadual.
Pengurusan
· Mengurus dan menyelaras kegiatan setiap bidang kokurikulum.
· Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan kokurikulum.
· Menentukan langkah keselamatan dalam setiap aktiviti kokurikulum telah diambil.
· Membantu dan mengurus segala penerbitan majalah /artikel sekolah.
· Menyelaras pembahagian pelajar dalam kumpulan/rumah dan meningkatkan pencapaian prestasi aktiviti setiap rumah.
· Mengurus dan menyelia peralatan dan kemudahan kokurikulum.
· Memastikan rekod-rekod dan data kokurikulum diselenggara dengan baik.
· Mengenalpasti guru/pelajar yang berpotensi untuk maju mengadakan program khas untuk mereka.
SETIAUSAHA SUKAN
· Menyelaras semua aktiviti sukan sekolah.
· Menyediakan takwim dan jadual aktiviti sukan yang sesuai dengan aktiviti MSSD, MSSS, MSSM.
· Membantu Pengetua mengagih tugas guru dalam olahraga dan permainan.
· Menetapkan pelajar dalam rumah sukan
· Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti dan peralatan.
· Menyelaras penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan luar sekolah.
· Mengurus dan menjaga keselamatan semua peralatan sukan sekolah.
· Menyimpan dan mengemaskini buku stok dan inventori peralatan sukan
· Menyediakan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan sukan.
· Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktiviti sukan sekolah dan luar sekolah untuk edaran , rujukan dan rekod.
· Sentiasa berbincang dengan Pengetua/Penolong Kanan/Penolong Kanan HEM/Penolong Kanan Kokurikulum untuk kepentingan sukan sekolah.
· Merekodkan pencapaian cemerlang pelajar dan pasukan sekolah dalam Buku Rekod Pencapaian Sukan Sekolah.
Jawatankuasa Majlis Sukan Sekolah
· Menentukan objektif sukan sekolah tercapai.
· Merancang aktiviti sukan sekolah jangka panjang / pendek.
· Mengenalpasti T.O.V (take of Value) dan merancangkan aktiviti sukan.
· Merancang strategi peningkatan dan penglibatan dalam sukan.
· Menggunakan sepenuhnya kepakaran dalam bidang sukan yang ada di sekolah.
· Meningkatkan kemahiran guru melalui klinik sukan.
· Menambah kepakaran untuk peningkatan sukan sekolah melalui kursus dalaman / luaran.
· Memastikan adanya peraturan berkaitan dengan aktiviti sekolah bagi menjamin keselamatan, kelancaran dan kelicinan pelaksanaan.
GURU PERMAINAN
· Membentuk Jawatankuasa
· Merancang meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat pelajar dalam permainan.
· Berusaha mendapatkan khidmat nasihat dari mereka yang pakar.
· Memastikan undang-undang permainan dan perlawana dipatuhi.
· Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim kokurikulum sekolah.
· Menganjurkan perlawanan antara Rumah Sukan/Kelas/Tingkatan/Sekolah.
· Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar sekolah.
· Melapor dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang disertai.
· Mengurus surat kebenaran ibubapa/penjaga untuk pertandingan luar sekolah.
· Melapor dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang disertai.
· Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan dan pengurusan.
· Menyemai semangat kesukanan dikalangan pelajar.
· Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan baik, selamat dan mencukupi untuk digunakan.
· Merancang aktiviti tahunan dengan Guru Rumah Sukan.
· Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkah-langkah untuk mempertingkatkannya.
· Merekodkan nama-nama pemain dan pasukan yang cemerlang (Johan Daerah/Negeri/Wakil Daerah/Wakil Negeri dan Negara.
· Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke semasa
PENYELARAS PERSATUAN/KELAB/UNIT BERUNIFORM
· Mengatur dan menyelia perjalanan persatuan/kelab/unit beruniform.
· Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat.
· Menyelaras semua aktiviti.
· Menyediakan borang kebenaran ibubapa/penjaga untuk pelajar memasuki persatuan/kelab/unit beruniform.
· Menentukan aktiviti, surat-menyurat dan minit mesyuarat difailkan dengan baik.
· Memastikan Peraturan Perlembagaan dan Minit Mesyuarat Agung direkodkan dan failkan
· Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK diadakan setiap tahun pada tarikh yang ditetapkan.
· Menguruskan Buku/Kad Kokurikulum:
§ Mengagihkan Kad Kokurikulum kepada guru untuk diedarkan kepada semua pelajar.
§ Mengutip kembali dari guru pada akhir tahun untuk simpanan dan rekod di Bilik Bimbingan dan Kauseling.
· Menyediakan borang/buku yang diperlukan untuk aktiviti:
· § Borang memasuki persatuan
§ Borang senarai AJK dan ahli
§ Buku Laporan Kegiatan
§ Fail-Fail yang diperlukan
§ Mengumpulkan rancangan tahunan pada awal tahun untuk edaran, rujukan dan rekod
§ Mengumpulkan Laporan Tahunan dan Buku Kegiatan untuk edaran, rujukan dan rekod
§ Membuat Laporan Tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian
§ Kokurikulum sekolah.
GURU PENASIHAT PERSATUAN/KELAB
· Membentuk jawatankuasa persatuan/kelab
· Memastikan aktiviti persatuan selaras dengan objektif sekolah
· Memastikan adanya peraturan/perlembagaan
· Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti yang dicatat dalam perlembagaan
· Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar dan menyerahkan kepada Penyelaras untuk simpanan dan rekod.
· Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan
· Memastikan minit mesyuarat dan laporan kegiatan disediakan dan failkan.
· Melaporkan kepada Penolong Kanan HEM/Penolong Kanan Kokurikulum tentang perkembangan persatuan/kelab.
· Bekerjasama dengan pihak untuk menjayakan aktiviti-aktiviti seperti Hari Kokurikulum, Hari Sukan, Hari Upacara, Hari Guru dan lain-lain.
· Menguruskan surat-menyurat dan segala keperluan untuk kegiatan luar sekolah.
· Menentukan papan kenyataan digunakan sepenuhnya.
· Memastikan tidak ada unsur subvertif tersebar/disebarkan di kalangan ahli.
· Mencadangkan nama ahli-ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada Jawatankuasa Kokurikulum.
KETUA RUMAH SUKAN
· Memastikan adanya senarai ahli Rumah Sukan yang lengkap (guru dan pelajar)
· Membuat pengagihan tugas kepada semua ahli rumah sukan.
· Membentuk jawatankuasa rumah dikalangan pelajar yang meliputi olahraga dan permainan.
· Menjalankan Mesyuarat Agung rumah sukan dan permainan.
· Menentukan guru rumah untuk menjadi pengadil dalam pertandingan peringkat sekolah.
· Sentiasa berbincang dengan Setiausaha Sukan/Penolong Kanan HEM/Penolong Kanan Kokurikulum sekiranya menghadapi masalah.
· Memastikan laporan aktiviti rumah sukan disediakan untuk edaran dan rekod.
· Merekodkan dan melaporkan pencapaian cemerlang pelajar kepada Setiausaha Sukan untuk dicalonkan sebagai wakil sekolah.
GURU RUMAH SUKAN
· Mengurus latihan rumah sukan pada hari-hari yang ditetapkan.
· Guru dan pelajar wajib hadir pada waktu latihan rumah sukan. Kedatangan dicatat dalam buku kehadiran.
· Memilih dan melatih pasukan olahraga dan permainan untuk pertandingan antara rumah sukan.
· Menghantar nama peserta yang berpotensi untuk pemilihan wakil sekolah.
· Merekodkan kedatangan pelajar dan mengambil tindakan terhadap pelajar yang tidak hadir.
· Mengawasi keselamatan pelajar waktu latihan.
· Menyemai semangat kesukanan dikalangan pelajar.
· Sentiasa berbincang dengan Ketua Rumah Sukan untuk meningkatkan prestasi rumah sukan